CARA TUKAR TEMA BLOG WP PERCUMA

Oleh kerana akaun yang dibuka di http://www.wordpress.com adalah percuma, blog yang kita pasang itu adalah blog percuma. Justeru itu menu pengurusan laman blognya tidak sama dengan WordPress yang kita install di domain kita sendiri seperti yang saya pasang  di http://blog.cariduitsite.com.

Untuk mencari dan memilih pelbagai tema-tema yang menarik untuk blog WordPress percuma anda, sila ikuti langkah-langkah yang saya perturunkan di bawah ini :-
Langkah Pertama

Buka Wp anda untuk ke laman  pengurusan blog. Pergi ke menu di sebelah kanan dan cari menu 'Appearance' dan klik kat situ seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah ini:



Bila anda klik Appearance laman berikut ini akan muncul di skrin komputer anda :-


Langkah  kedua ialah anda boleh browse tema-tema di situ. Anda boleh memilih untuk browse salah satu daripada kategori yang disenaraikan di situ iatu   'Random' atau  'A-Z' ataupun  'Popular'.  Anda boleh mulakan pencarian anda dengan  dengan kategori 'Random' .Kalau tak ada yang menarik anda boleh browse 'A-Z. Begitulah seterusnya. Di halaman ini ditunjukkan  pilihan yang terdapat di bawah tajuk 'Random'  sebanyak 15 jenis design yang boleh di pilih.

Di bawah ini ialah laman web yang muncul sekiranya kita klik 'A-Z'



Yang ditunjukkan di laman tersebut cuma 15 jenis design tetapi anda boleh teruskan mencari dengan klik pada muka surat berikutnya itu ( ms.1, 2, 3 dsb lagi)

Kalau kita masih tak berpuas hati kita boleh terus klik pada 'Popular' pula untuk melihat tema-tema yang disukai ramai





Di  sini pun ada banyak design yang menarik untuk anda pilih. Anda boleh memilih mana-mana design yang anda suka  dan klik 'Activate' untuk gunapakai oleh anda.

Saya harap gambar-gambar ini cukup jelas menunjukkan bagaimana anda boleh memilih tema-tema yang anda sukai dan menukar tema blog anda kepada pilihan tema yang anda pilih itu...........Selamat berjaya